Adakah Budaya Kerja Kita Sudah Merdeka ?

Saban tahun kita menyambut hari kemerdekaan, dan saban tahun juga kita meneruskan kehidupan bekerjaya seperti biasa.Yang berubah mungkin struktur organisasi, prestasi, gaji, siapa kawan dan lawan kita. Pencapaian tahunan, bidang kerja kita, semuanya ada turun naik.

Merdeka secara amnya membawa maksud bebas daripada belenggu dan pengaruh individu yang menekan atau menindas. Dalam erti kata lain ialah kita bebas dalam membuat tindakan, keputusan, tidak terikut dan terikat dengan amalan adat resam sebelum ini. Tapi yang pasti, kita masih dipandu undang-undang, peraturan dan polisi serta dasar yang sah, bukannya mengikut kemahuan sendiri sahaja.

Kalau kita lihat, pelbagai kempen budaya kerja diuarkan-uarkan oleh pelbagai jabatan kerajaan dan swasta antaranya budaya kerja cemerlang, kelas pertama, profesional, dan Islamik.

Namun, saban tahun selain penggunaan penunjuk aras pencapaian adakah budaya kerja rakyat sudah merdeka sejak Malaysia merdeka? Apalah gunanya saranan budaya kerja yang gah namun hanya cantik di mata, namun realitinya tidak seperti yang diperkatakan.

Dalam menyemai budaya kerja dan set minda gaya merdeka ada beberapa aspek penting menurut kaca mata akal (‘common sense’) yang tidak boleh dipandang remeh. Antaranya ialah ikhlas, konsisten dan tawadhu’. Al-Ghazzali menyatakan bahawa setiap kerja itu perlu memerhatikan tiga aspek, iaitu:

❤️ Apabila mengerjakan sesuatu ikhlaskan hati
❤️ Semasa mengerjakan sesuatu khusyukkan hati
❤️Setelah mengerjakan sesuatu rendahkan (tawadhu’) hati

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 👩🏻‍⚕️


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *