Kemerdekaan Boleh Dicapai Dengan Perjuangan !

Apakah tempat anda bekerja mewujudkan rasa kebebasan atau lebih sinonim dengan terperangkap atau dijajah ?

Kemerdekaan adalah perkataan yang sinonim dengan perjuangan, jadi kalau nak wujudkan suasana merdeka, semangat juang perlu ada dalam diri kita yang bekerja atau kita yang menerajui sesebuah perniagaan.

Memperjuangkan kemerdekaan bukan bermakna kita relaks dan ambil mudah kerana kita sudah merdeka. Selepas merdeka pada tahun 1957 sehingga kini kita masih memperjuangkan kemerdekaan.

Kemerdekaan akan tercipta apabila kita berusaha untuk menjadi lebih baik, kita dapat memahami dan menyatukan visi peribadi dan syarikat, dan memberikan yang terbaik ketika menjalankan kerja harian kita. Kebebasan dalam bekerja ini bukan sahaja tugas pemimpin, tetapi tugas kita setiap hari.

Kenapa kita kadang-kadang rasa terjajah ?

▪️ Kerana memperjuangkan perkara yang salah, sama ada perbezaan visi atau pun kita tidak begitu menyukai bidang perubatan yang kita ceburi ini.
▪️ Kerana tidak pandai melakukan apa yang kita mahu, sama ada tidak berjaya membangun atau berubah dengan arus inovasi dan teknologi masa kini.
▪️Kerana kita tidak mahu mendengar satu sama lain, pemimpin kepada pekerja, pekerja kepada pemimpin, pemimpin kepada pemimpin lain, atau pekerja kepada pekerja lain. Ini membuatkan kita semua bergelut dengan hala tuju kita sendiri dan akhirnya dijajah oleh misscommunication beramai – ramai .

Kemerdekaan adalah hak kita yang boleh dicapai dengan perjuangan. Perjuangan oleh semua dalam sesebuah syarikat. Walau apa pun kedudukan anda sekarang, mulakan dengan bidang kawalan yang anda ada.

Marilah berjuang. Merdeka!

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 👩🏻‍⚕️


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *