
Mungkin kita bukan seorang yang terlibat secara langsung dalam peperangan sewaktu kemerdekaan, tetapi sebagai anak muda kita perlu meneruskan perjuangan yang telah dilakukan pejuang-pejuang tanah air kita dahulu.
Jika tugas pejuang tanah air kita adalah merebut kemerdekaan dari tangan penjajah, maka tugas kita adalah mengisi kemerdekaan yang mereka tinggalkan. TAPI, bagaimana kita nak mengisi kemerdekaan yang telah ditingalkan ini ?
Mungkin kita jarang menyedari bahawa dengan bekerja, kita telah menyumbang untuk mengisi kemerdekaan. kenapa? Kerana terlalu banyak masalah yang membebankan negara kita.
Terutamanya anda yang bekerja sebagai perawat kesihatan, sekurang-kurangnya kita dapat membantu kerajaan dalam menangasi masalah kesihatan masyarakat di dalam negara kita.
Pendek kata, anda boleh mengisi kemerdekaan ini dengan mengurangkan beban negara, bukan hanya untuk diri sendiri, malah kepada orang ramai, dan ini adalah sumbangan yang sangat bermakna.
Anda harus berbangga kerana kerjaya anda boleh menyumbang kepada orang ramai, terutamanya dalam persekitaran anda !
Siapa kata pejuang kemerdekaan hanyalah mereka yang berjuang dalam peperangan? Anda juga boleh menjadi pejuang kemerdekaan dengan mengisi kemerdekaan itu sendiri.
Dengan menjadi pekerja yang berjaya, maka negara ini akan makmur secara beransur-ansur. Namun, kita hanya boleh menjadi pekerja yang berjaya jika kita benar-benar menggunakan semua potensi yang kita ada. Jika tidak, maka kita akan tetap diketepikan.
Tiada tempat kerja yang ideal. Jadi, di mana sahaja kita bekerja, kita pasti akan menghadapi pelbagai kesukaran. Oleh itu, jangan biarkan kesukaran yang anda hadapi menguburkan potensi anda. Ramai orang yang cemerlang telah bertukar menjadi orang yang rugi, hanya kerana mereka kecewa dengan persekitaran mereka. Jika ya, sebenarnya dia tidak mencederakan sesiapa, melainkan dirinya sendiri.
Negara ini memerlukan orang seperti anda. Jadi, bekerjalah dengan semua kebolehan yang anda ada. Kerana hanya dengan cara itu, anda boleh menyumbang kepada kemerdekaan ini.
๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
