
Kebebasan boleh diertikan sebagai bebas daripada segala belenggu atau halangan untuk mencapai sesuatu. Bulan Ogos merupakan detik yang sangat bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia kerana pada bulan inilah kemerdekaan Malaysia telah direalisasikan berpuluh tahun yang lalu.
Semangat kemerdekaan harus ada dalam diri setiap rakyat malaysia termasuk pekerja di sesebuah organisasi. Erti kemerdekaan bagi seorang pekerja ialah apabila dapat direalisasikan dengan penuh semangat dan kerja keras di tempat kerja.
Setiap pekerjaan pasti ada tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk dilaksanakan. Apabila anda mencintai kerjaya anda, maka inilah yang dinamakan kebebasan (kemerdekaan) dalam kejaya.
Sebagai perawat kesihatan, anda akan dianggap merdeka apabila anda mencintai kerjaya anda , memberi sumbangan sebenar kepada masyarakat yang memerlukan dan seronok melalui setiap hari dalam pekerjaan anda.
Apabila anda menunjukkan komitmen yang baik dan terus menyumbang bakti anda dengan ikhlas, majikan anda juga akan sangat menghargai setiap penat lelah yang anda berikan dan sangat takut akan kehilangan aset yang sangat beharga dalam organisasinya.
Selain gaji yang lumayan dan bersesuaian dengan prestasi pekerja, majikan anda juga boleh memberikan beberapa jenis pendidikan atau latihan kepada anda untuk meningkatkan kemahiran dan mengukuhkan potensi kerja anda.
Akhirnya, apabila anda menjadi seorang pekerja yang mencintai kerjaya anda, maka anda akan rasa sangat seronok dan rasa bebas (merdeka), disamping memperoleh banyak kebaikan untuk kejaya anda pada masa akan datang.
๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
