ADAKAH DIRI ANDA SUDAH MERDEKA ?

“MERDEKA” mempunyai nilai dan makna yang berbeza bagi setiap orang. Bagi generasi terdahulu yang melalui zaman penjajahan, “Merdeka” bermaksud kebebasan dan pembebasan daripada cengkaman penjajah.

Bagaimana pula dengan kita yang lahir berpuluh tahun selepas merdeka? Adakah kemerdekaan mempunyai makna yang sama bagi mereka?

Merdeka sudah sinonim dengan pengertian kebebasan. Namun, tanpa kita sedar, kebebasan sebenar haruslah bermula daripada dalam diri sendiri supaya kita hidup dalam keadaan harmoni dan terhindar daripada perkara negatif.

Anda tidak mampu mengecapi kemerdekaan diri sekiranya tidak mengenali diri anda sendiri ?. Tanyakan diri anda: “Adakah saya sudah merdeka ?”

Perhatikan jurang antara perasaan dalam diri anda, kata-kata dan tingkah laku anda. Sebagai contoh, dalam sesetengah perkara anda mungkin mengiyakan sesuatu tetapi sebaliknya ada mungkin menidakkannya dan tidak mahu melakukannya.

Kebebasan dapat membantu meningkatkan nilai dan harga diri anda, lebih-lebih lagi jika ‘berdikari’ adalah salah satu tujuan anda. Pencapaian kewangan, emosi, sosial, kerjaya dan kebebasan peribadi memberikan anda pencapaian yang akhirnya mengubah bagaimana anda menilai diri anda dan bagaimana pandangan orang lain.

Peningkatan nilai diri yang datang dengan kebebasan ini merupakan penggalak yang hebat untuk kejayaan diri dan kejayaan peribadi anda.

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 👩🏻‍⚕️


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *