
Tidak lama lagi, negara kita Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-66 pembebasannya daripada sejarah penjajahan.
Bermula dengan panggilan Tanah Melayu, Malaya dan sehingga kini, Malaysia, pelbagai kejayaan, kemakmuran, cabaran dan dugaan kita laluinya sebagai bunga bangsa yang kekal mekar melestarikan wawasan negara.
Walaupun sudah merdeka, adakah kita hanya terus pegun dan kekal di zon selesa ?. Benar, mungkin anda rasa sudah cukup, tetapi andai terus-terusan terperuk sebegitu, ia akan mengekang potensi diri yang tidak pernah anda terokai.
Sebagai seorang perawat kesihatan yang sememangnya ada visi dan misi sejak mula-mula anda melangkah masuk ke dunia perubatan, sepatutnya wawasan hidup harus terus bercambah tanpa penghujung.
Jangan sekat atau menghadkan kemampuan anda, gara-gara merasa sudah cukup aman dan selesa dengan tahap kerjaya yang anda sudah capai sekarang.
Tingkatkan prestasi diri dengan mencabar keupayaan anda dari tampuk lama yang sentiasa terbentang luas dan peluang itu ada dimana-mana sahaja. Jangan gentar untuk menjadi pejuang dalam hidup anda sendiri.
Usah fobia dengan kegagalan kerana ia adalah proses kematangan jiwa dan minda dalam beroleh kejayaan. Bangkit dan tinggalkan segera empuknya zon selesa demi menyahut cabaran, meraih kejayaan di hari muka!
๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
