BAWA SEMANGAT KEMERDEKAAN UNTUK MEMAJUKAN KERJAYA !

Tanggal 31 Ogos sudah menjadi tarikh keramat dan menjadi ingatan semua rakyat Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan ini disambut oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. 66 tahun dahulu negara kita berjuang untuk membebaskan diri dari dijajah. Bagaimana pula dengan diri kita ?

Bagi anda sebagai seorang perawat kesihatan, apa makna merdeka pada diri anda ? Adakah anda sudah rasa selesa dan bebas dengan yang kerjaya anda sekarang ?

Anda seharusnya membawa semangat kemerdekaan dalam diri anda dengan tidak terus selesa pada tahap yang sama, sebaliknya berjuang untuk membina rangkaian dan kemahiran dalam memajukan kerjaya anda.

Orang adalah sumber pertama yang boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan hubungan persahabatan, keintiman emosi, penghargaan bantuan, maklumat dan lain-lain. Orang yang mahir secara sosialnya dapat menambah kenalan dengan mudah dan membolehkan anda menikmati pelbagai pengalaman sosial dengan baik.

Semakin ramai kenalan yang ada peroleh, semakin tinggi kualitinya dan semakin banyak kebebasan yang anda akan alami. Libatkan diri anda dalam aktiviti sosial untuk berjumpa orang baru dan cuba untuk membina hubungan yang berkualiti. Jadilah positif dan mesra, dan kebanyakan orang akan bertindak balas dengan baik.

Kemahiran juga adalah jalan pendek bagi kebebasan luaran. Lebih banyak kemahiran yang anda ada, lebih banyak perkara yang anda boleh lakukan dan mungkin membuka pelbagai peluang dalam hidup anda.

Malah, anda juga boleh menikmati pekerjaan yang anda sukai dan meninggalkan pekerjaan yang tidak memberi keserasian pada diri anda.

๐๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *