KEMERDEKAAN KEWANGAN BERMAKNA ANDA BOLEH MENGAWAL PENDAPATAN

Kemerdekaan negara Malaysia telah pun dicapai sejak lebih dari 6 dekad yang lalu. Pada 31 Ogos 1957 telah melakar sejarah buat negara kita, Malaysia meraikan tarikh keramat ini iaitu Hari Kebangsaan Negara.

Kemerdekaan ini memberikan makna yang berbeza bagi setiap individu. Jika dikaitkan makna sebuah kemerdekaan dengan kehidupan kita pada hari ini, adakah anda sudah merdeka daripada dibelenggu hutang, krisis kewangan, dan segala jenis masalah kewangan yang ramai hadapi pada hari ini.

Semua sudah maklum, bidang perubatan merupakan antara bidang yang menjadi pilihan kebanyakan orang kerana katanya senang nak dapat kerja.

Tapi yang menjadi masalah ialah Jumlah kos dalam bidang perubatan adalah sangat tinggi, ada yang mencapai sehingga ratusan ribu ringgit.

Tepuk dada tanya pada diri anda, apakah anda sudah merdeka dari masalah kewangan ?

Apabila membabitkan kemerdekaan peribadi, tiada kepuasan yang setanding dengan keupayaan untuk menguruskan perbelanjaan diri.

Kemerdekaan kewangan bermakna anda boleh mengawal pendapatan dan perbelanjaan peribadi. Kemampuan untuk menampung diri tanpa bergantung kepada ibu bapa, keluarga, sahabat atau pasangan.

Jadi, lebih banyak anda belajar untuk bebas dari segi kewangan, ia mengurangkan tekanan hidup kerana anda mampu menguruskan perbelanjaan dengan baik.

๐๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *