
Locum Net sudah lama melaksanakan pelbagai inisiatif untuk melonjakkan industri kesihatan. Tidak dapat dinafikan dari sektor lain, tetapi banyak perawat di Malaysia yang mempunyai kapisiti ini.
Kenapa perawat, bukan orang lain?
Bagi kami, tugas perawat kesihatan sangat mulia. Perawat adalah seseorang yang bertugas menolong menjalankan kerja-kerja asas berkenaan penjagaan pesakit, membantu orang awam deri segi kesihatan dan ia juga melibatkan nyawa seseorang.
Ini kerana kesihatan merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi sesebuah negara. Kesihatan yang lebih baik adalah penting kepada kebahagiaan dan kesejahteraan manusia.
Selain itu, ia juga memberi sumbangan penting kepada kemajuan ekonomi, sebagai penduduk yang sihat akan hidup lebih lama, lebih produktif, dan lebih menjimatkan.
Kesihatan juga bukan sahaja dapat meningkatkan jangka hayat dan kesejahteraan manusia tetapi juga dalam peningkatan jangka panjang kepada prestasi ekonomi. Keadaan kesihatan rakyat yang bertambah baik juga membawa manfaat yang lebih luas, termasuk pembangunan ekonomi yang lebih giat.
Kesihatan yang lebih baik boleh membuat pekerja lebih produktif, sama ada melalui bilangan cuti yang sedikit atau melalui peningkatan semasa bekerja. Kesihatan bertambah baik daripada ahli keluarga akan mempunyai kesan yang sama menerusi pengurangan kehilangan masa untuk menjaga orang tanggungan.
Inilah antara sebab kenapa kami memilih perawat kesihatan. Dari seorang perawat kesihatan lah akan lahirnya kesihatan rakyat yang lebih baik, sekaligus membawa manfaat yang luas kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
