
Sebagai seorang perawat kesihatan,anda tidak akan lari lari berhadapan dengan pelbagai masalah,sama ada kecil ataupun besar, yang memerlukan jalan penyelesaian. Situasi ini boleh menyebabkan fikiran anda terganggu dan mendorong pemikiran yang negatif.
Jangan biarkan pemikiran anda berterusan dijajah dengan sifat negatif, sebaliknya merdekakannya dengan menguasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, ia boleh menjadikan anda lebih aktif & produktif.
Berfikir secara positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan kepada keupayaan melihat pada aspek kebaikan dan perkara yang berlaku secara membina.
Seseorang yang berfikiran positif akan melihat masalah yang dihadapinya sebagai satu cabaran. Anda perlu menerima apa yang berlaku dengan seadanya , kerana andaian yang buruk akan menyebabkan hidup lebih sengsara.
Bagiamana nak jadi perawat kesihatan yang sentiasa positif ? Untuk mengekalkan pemikiran positif, anda perlu menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan munasabah. Bersyukurlah dengan apa yang telah anda capai dan bukannya berkeluh kesah dengan apa yang tidak anda miliki. Kerana setiap kemajuan yang berlaku walaupun kecil merupakan satu langkah ke hadapan.
Berkawanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif. Semakin kerap kita berkomunikasi dengan mereka, ia membuat kita menguasai fikiran positif dalam masa yang cepat. Elakkan diri dari mendengar gosip yang tidak menentu. Carilah bukti-bukti yang menyokong perkara yang diperkatakan.
Dalam masa yang sama, anda juga perlu berfikiran terbuka dan sedia menerima saranan dan idea orang lain. Kerana perkara yang dikemukakan adalah merupakan satu sudut pandangan yang baru.
Berfikiran positif membolehkan anda berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata. Kerana pada masa yang sama membantu kita mencari jalan penyelesaian pada masalah yang kita hadapi.
๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
