Bagaimana Nak Dapatkan Kebebasan Ditempat Kerja ?

Umumnya mengetahui, perkataan merdeka membawa makna sebuah kebebasan. Dalam konteks tanah air, kita bebas daripada dijajah atau ditakluki oleh mana-mana kuasa luar.
.
Kita tidak perlu lagi bergantung pada kuasa luar bagi mengurus dan mentadbir negara sendiri. Kita bebas daripada cengkaman kezaliman Jepun, British dan lain-lain.

Untuk itu, kita akan melaungkan kalimah merdeka sebagai tanda kita bebas daripada mereka. Demikianlah merdeka yang disambut oleh kita saban tahun.

Tapi bagi anda yang bekerja sebagai perawat kesihatan, adakah anda berasa bebas dan tidak dijajah di tempat kerja anda ? Dan bagaimana nak dapatkan kebebasan itu ?

Untuk mendapatkan lebih banyak kebebasan di tempat kerja, anda perlu membuktikan bahawa anda boleh dipercayai. Ini bermakna, anda boleh dipercayai untuk melakukan apa yang anda katakan, lakukan dan melakukannya dengan baik, 100 peratus pada setiap masa.

Ini juga bermakna, bos dan rakan sekerja anda tahu bahawa anda boleh dipercayai, bercakap dengan mereka tentang niat anda dan membuat susulan dengan keputusan anda.

Bunyi seperti anda seperti membangga diri dan berasa hebat bukan ? tetapi itu adalah satu komunikasi yang baik. Anda perlu memberitahu rakan sepasukan anda bahawa mereka tidak perlu risau bahawa anda boleh melakukan apa yang anda sepatutnya lakukan. Itu memudahkan mereka untuk melakukan bahagian mereka juga.

Selain itu, komunikasi juga penting apabila anda mendapati bahawa anda tidak dapat memenuhi kewajipan anda, walaupun tidak selesa untuk mengakui kekurangan itu.

Jika anda membuat janji dan pada akhirnya anda tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu, beritahu rakan sekerja anda secepat mungkin dan jangan tunggu sehingga saat akhi, supaya ia tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.

๐๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *