
Hidup ini jangan terlalu selesa dengan apa yang diraih dan berjaya dicapai kerana kita sendiri tidak dapat menjangka apa yang akan kita tempuhi di hari yang mendatang.
Untuk berubah, kita kena ubahkan diri kita dahulu. Cara berubah adalah kita kena keluar daripada zon selesa kita. Nak keluar daripada zon selesa kita bunyinya agak mudah, tetapi anda kena faham, adakalanya ianya sangat sukar.
Nombor satu, kalau anda keluar daripada zon selesa, anda akan mendapat ilmu-ilmu yang baru. Kalau anda selesa sangat dengan ilmu yang sedia ada sekarang ini, itu dalam keadaan yang bahaya. Anda rasa macam tak nak cari ilmu baru, anda rasa macam ilmu yang anda ada sudah cukup, anda dah rasa diri anda cukup hebat dah. Bahaya sangat-sangat.
Keduanya, kalau anda keluar daripada zon selesa, anda akan perlahan-perlahan keluar dari zon malas sebenarnya. Sebab, apabila terlalu selesa ia jadi satu habit atau jadi satu tabiat, anda jadi tak nak buat benda yang baru. Kita akan rasa spoiled dengan keadaan kita yang terlalu selesa sangat. Jadi, bila kita keluar dari zon selesa, kita akan keluar dari zon malas.
Yang ketiga, bila anda keluar dari zon selesa, βmat salleh kata kita ada sedikit anxiety atau perasaan takut. Perasan tak ? Pernah tak kita lalui, bila kita nak buat sesuatu yang di luar keselesaan kita akan rasa sedikit takut, sedikit risau. Bunyi negatif bila kita rasa takut, itu akan memberi fokus kepada kita, itu akan memberi kita lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu, jadi pastikan anda juga keluar daripada zon selesa anda, sebab bunyi selesa bunyi macam best. Sebenarnya kan ianya bunyi amat-amat bahaya.
Lagi beberapa hari sahaja kita akan menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-66. So, pastikan kemerdekaan kali ini memberi anda akan kesedaran untuk keluar dari zon selesa anda.
πππ«ππ°ππ πππ«πππ€ππ©π»ββοΈ
