MANUSIA TIDAK DICIPTAKAN UNTUK TERUS BERJAYA

Kebanyakan manusia sering kali takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana khawatir akan gagal. Adakah anda tergolong dalam golongan ini? Jika ya, buanglah jauh-jauh pemikiran yang sebegini.
.
Jangan sesekali takut untuk belajar sesuatu yang baru. Sebabnya, apabila kita takut, kita tidak akan berjaya. Orang yang berjaya sentiasa berani melakukan sesuatu dan sering mencuba melakukan hal baru.
.
Orang yang berjaya akan terus mencari ilmu dan tidak pernah berputus-asa dalam mencarinya. Jika ada peluang depan mata, rebutlah peluang tersebut tanpa berfikir tentang berjaya atau tidak. Yang penting kita berusaha terlebih dahulu. Sebabnya, kalau kita tidak cuba, kita tak tahu kemungkinan rezeki kita ada disitu.
.
Dan jangan sesekali takut pada kegagalan. Yang penting perlu ada usaha. Jika sudah berusaha bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. Ingat kata-kata “Usaha Tangga Kejayaan”.
.
Kegagalan itu pasti akan dialami oleh semua orang. Disebalik kejayaan mesti ada kegagalan. Dan jangan jadikan kegagalan kita itu untuk terus berputus-asa. Sebaliknya, kita perlu belajar dari kegagalan itu. Cari punca dimana salah kita. Selepas ketahui puncanya, perbaiki kesilapan tersebut dan terus belajar dan terus berusaha.
.
Kalau kita tak belajar dari kegagalan, kita takkan tahu dimana sebenarnya kesilapan yang kita buat.
.
Perlu ingat, manusia tidak diciptakan untuk terus berjaya. Sebaliknya, manusia harus berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut.
.
๐๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *