PERAWAT MERDEKA PERLU IMPROVE DIRI DALAM KERJAYA

MACAM mana nak sentiasa improve diri kita dalam kerjaya supaya anda boleh menjadi seorang perawat merdeka ? Mesti ramai yang tertanya-tanya berkenaan perkara ini kan ? Kadang kala kita rasa sangat kagum melihat senior ataupun rakan sekerja apabila mereka melaksanakan kerja dengan sangat profesional dan matang dalam menyelesaikan segala masalah di tempat kerja.
.
Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah cuba untuk melakukan benda baru atau Get out from comfort zone. Manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba kita lakukan sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja.
.
Kedua, Tunjukkan kemampuan atau Marketize yourself. Masing-masing mempunyai kemampuan sendiri. Buktikan kepada majikan dan teman sekerja yang anda mampu memberikan yang terbaik. Sesekali, tunjukkan kreativiti dan idea untuk menjadikan hasil kerja lebih hebat. Biasanya orang profesional suka melihat kreativiti pekerja kerana mereka dapat lihat keyakinan yang ada pada anda.
.
Dan yang terakhir adalah berani menghadapi pegawai atasan dan kakitangan lain. Ramai yang sentiasa mengelak dari berjumpa dengan bos. Itu sebenarnya sifat yang merugikan diri sendiri. Anda sepatutnya kenali bos anda, dan pastikan bos anda kenal anda. Bukan membodek, tapi jika anda mempunyai kemahiran, jangan takut untuk ‘tunjuk terer’.
.
Demikian juga dengan rakan sekerja, jangan takut untuk menyatakan pendapat anda. Walaupun baik untuk menerima cabaran baru atau membantu rakan sekerja, ada kalanya anda hendaklah berani untuk menolak permintaan mereka. Selesaikan tugasan anda terlebih dahulu dan sentiasa kaji sama ada anda telah menggunakan masa kerja anda dengan sebaik mungkin atau tidak.
.
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 👩🏻‍⚕️

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *