KALAU MEREKA BOLEH BERJAYA, KITA PUN BOLEH

Untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat Malaya telah melalui keperitan dan pelbagai kesengsaraan dalam perjuangan menentang para penjajah.
.
Dengan semangat patriotik dan satu hati yang jitu, maka terlucutlah bendera Union Jack dan terkibarlah jalur gemilang keramat menjelang detik 12 malam 31 Ogos 1957.
.
Dengan semangat dan keinginan yang tinggi pahlawan tanah air terdahulu, akhirnya kita merasai kemerdekaan itu pada hari ini. Kalau mereka dahulu boleh berjaya, takkan kita tak boleh.
.
Setiap orang mempunyai keinginan untuk berjaya. kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif.
.
Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin gapai.
.
Pertama, anda perlu tentukan visi anda. Tanpa visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar. Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.
.
Aturkan langkah anda. Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi / cita-cita anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.
.
Rancang masa depan anda SEKARANG! Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup
.
Seterusnya, luangkan masa untuk bertindak. Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak dengan buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah / berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
.
Akhir sekali, percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
.
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 👩🏻‍⚕️


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *