JANGAN TAKUT MENCUBA SESUATU YANG BARU

Kebanyakan daripada kita semua suka untuk berimiginasi mampu untuk berbuat apa sahaja. Tapi yang malangnya, ramai dari kita tidaklah pula mempunyai kecenderungan atau cita-cita untuk menjejaki kembali apa yang kita idamkan itu.
.
Selalu kita akan memberi beribu alasan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Alasan pertama dan kedua mungkin boleh diterima, tetapi alasan ketiga tidak sepatutnya menghalang kita.
.
Mungkin juga kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan rasa lebih selesa dengan apa yang kita buat hari ini. walaupun mencuba perkara baru mungkin boleh membebankan kita, tetapi kita akan belajar banyak perkara daripada ini.
.
Hidup tidak akan dipenuhi sekiranya kita tidak keluar melihat dunia dan cuba sesuatu yang baru. Hidup bukannya untuk statik, kekal pada sesuatu tempat yang sama, dan buat benda yang sama setiap hari. All men die, but not all men live.
.
Bereksperimen dengan benda baru mengelakkan kita dari merasa bosan. Benda yang paling teruk dalam kehidupan ini adalah membiarkan diri kita memburuk kebosanan. Elakkan otak kita dari tidak berfungsi.
.
Buat sesuatu yang memerlukan keyakinan akan memaksa diri kita meningkatkan keyakinan dengan sendirinya. Kita akan merasa peningkatan diri dan terkejut dengan potensi yang terdapat pada diri kita.
.
Manusia selalu takut untuk mencuba apa yang mereka tidak tahu, tetapi dengan mencuba sesuatu yang barulah ia akan membuka ruang untuk ilmu dan pengalaman baru. Kadangkala kita perlu juga untuk melihat dari perspektif yang lain.
.
Melakukan perkara yang sama setiap hari, berfikir dengan cara yang sama dan hanya bercakap perkara yang lebih kurang sama setiap hari tidak akan mengembangkan akal kita. Pertumbuhan manusia memerlukan action, didalam bentuk situasi yang baru, pengalaman ataupun attitude kita.
.
๐๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *