
Pernahkah anda terfikir jika situasi kecemasan berlaku ? Terutamanya apabila memerlukan sejumlah wang untuk menyelesaikan situasi yang tak diduga. Cuba anda bayangkan kalau kecemasan betul-betul terjadi, apa reaksi anda ?
.
Katalah tetiba ahli keluarga atau rakan kita terdesak memerlukan duit untuk membayar rawatan atau sebagainya ?
.
Dah lah sekarang ekonomi tengah gawat. Masa ni barulah sedar tinggi rendah langit tu, mana pula nak cekau duit nak tolong mereka! Tapi kalau anda awal-awal tahu pentingnya ada tabung kecemasan segala masalah mungkin dapat di atasi dengan tenang setenangnya.
.
Tapi pasti ada yang kata macam mana pula nak simpan? Gaji yang dapat pun cukup-cukup makan je kan ? Tapi tak kan bila berlaku baru nak gelabah kan?
.
Anda perlu ingatkan diri anda bahawa kecemasan boleh berlaku bila-bila masa. Jadi anda perlu sentiasa bersedia.
.
Apa kata anda mula wujudkan tabung kecemasan dengan membuat locum. Jadi bila ada lebihan duit dalam tabung kecemasan, boleh lah anda menggunakannya bila berlaku situasi yang tak terduga dan dalam masa yang sama boleh membantu keluarag dan kenalan anda yang dalam kesusahan.
