
Situasi kekurangan kakitangan di hospital mahupun klinik kerajaan berada di tahap serius akibat tiada penambahan jawatan bagi doktor, jururawat, pakar farmasi dan kakitangan lain.
Salah satu sebab kenapa perkara ini berlaku adalah kerana sektor perubatan berkembang dengan pembukaan hospital dan klinik baru dan keadaan ini menyaksikan doktor sedia ada terpaksa bekerja lebih masa, manakala jururawat perlu bertugas dua syif (double shift) pada waktu bekerja.
KKM memerlukan lebih ramai kakitangan bagi menampung fasiliti perkhidmatan kesihatan yang baru dibuka, selain menangani masalah kekurangan kakitangan yang sedang dihadapi. Kekurangan kakitangan yang ketara itu turut dapat dilihat di hospital dan klinik di kawasan pedalaman.
Ini boleh menyebabkan peningkatan bebanan kerja. Bagi mengurangkan keletihan melampau (burnout) di kalangan kakitangan kanan ,kebajikan kakitangan haruslah di jaga dengan sebaiknya.
Kekosongan jawatan ini perlu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai, di samping memastikan kakitangan sedia ada tidak mengalami keletihan melampau dan bekerja lebih masa untuk mengganti kekurangan kakitangan.
Sekiranya ia mencapai tahap yang kritikal dan kakitangan perubatan yang mengalami keletihan melampau pastinya akan berisiko melakukan banyak kesilapan yang menjejaskan keselamatan pesakit.
