
Dunia sekarang, serba serbi nak guna duit. Sampai nak masuk tandas pun kena bayar.
.
Kalau tak pandai uruskan kewangan, memang tak dapat la korang nak menyimpan. Cuma, tu bukan alasan untuk korang tak menyimpan.
.
Kena la usaha. Cari cara macam mana nak menyimpan. Kalau tak menyimpan awal-awal, boleh jadi susah hidup kita. Katakan, nasib malang menimpa. Nak cekau duit celah mana?
.
Sebab tu kalau kita tengok sekarang, ramai yang buat kerja part time selepas waktu kerja. Korang ingat orang yang buat kerja part time tu, kerja biasa-biasa ke ? Ramai je yang kerja polis, cikgu dan macam-macam la.
.
Sebab apa ? Gaji yang ada pun cukup-cukup je nak bayar komitment, jadi perlu la buat kerja part time nak buat simpanan.
.
Sama la macam perawat perubatan, ramai yang buat kerja locum sebab gaji yang ada pun cukup-cukup makan je. Nak tak nak, kena buat kerja part time, jadi boleh la nak menyimpan untuk kegunaan waktu-waktu terdesak.
.
Bukan tu je, kadang pendapatan locum tu lagi besar dari gaji tetap setiap bulan. Siapa yang tak nak kan ?
