
Mungkin ada yang tidak pernah memikirkan tentang konsep kemerdekaan dalam organisasi, khususnya terhadap pekerja.
Apabila seseorang pekerja diambil bekerja dalam sesebuah organisasi, sudah tentulah ada pelbagai macam peraturan dan syarat yang dikenakan terhadap pekerja oleh pihak majikan.
Sekiranya anda sebagai majikan, anda perlu memastikan bahawa pekerja anda bersedia mempraktikkan amalan-amalan yang baik berlandaskan prinsip di organisasi anda.
Namun sekiranya anda pula sebagai pekerja yang memilih untuk bekerja dalam sesebuah organisasi, anda pula perlu menyatakan persetujuan terhadap segala peraturan yang dikenakan sebelum menyertai sesebuah organisasi tersebut.
Jika anda merasakan organisasi yang anda mahu disertai mempunyai terlalu banyak peraturan yang mengekang kebebasan, maka anda boleh sahaja menolak untuk bekerja di organisasi tersebut.
Kebebasan dalam minda pekerja merupakan satu perkara yang boleh dianggap agak subjektif. Ada pekerja yang sanggup mengikut peraturan dan tidak menganggap dirinya disekat tetapi ada juga individu lain yang mungkin beranggapan bahawa peraturan yang sama tadi menyekat kebebasannya.
Kebebasan dalam organisasi berkait rapat dengan konsep kemerdekaan dalam negara. Walau bagaimanapun perlu dilihat bahawa sekatan terhadap perkara tertentu dalam peraturan sesebuah organisasi mungkin dianggap perkara yang biasa oleh kebanyakan pekerja.
๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
